The Government of Brunei Darussalam

 

 

Selamat Melayari Laman Web Jabatan Percetakan Kerajaan

Versi Bahasa Inggeris

Sejarah Latarbelakang

Jabatan Percetakan Kerajaan (JPK) telah ditubuhkan dalam tahun 1974. Bekas bangunan Lapangan Terbang Lama telah pun diubahsuai untuk dijadikan bangunan JPK dengan keluasan lantai 1,800 kaki persegi. Ianya terletak di Jalan Berakas kira-kira 3 kilometer dari Bandar Seri Begawan, ibu negeri Negara Brunei Darussalam.

Sejak mula ditubuhkan, seorang Pencetak Kerajaan telah mengetuai JPK. Kemudian jawatan tersebut telah diubah gelarannya dan diberikan nama baru iaitu Pengarah Percetakan. Pada ketika itu jumlah tenaga kerja adalah dalam lingkungan 30 orang pekerja.

Tanggungjawab JPK adalah diletakkan di dalam bidangkuasa Kementerian Undang-Undang bermula dari 1 Januari 1984. Bagaimanapun bermula dari 24 Jun 1998 sehingga sekarang, JPK telah diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perdana Menteri.

Disebabkan oleh pemintaan bahan-bahan cetak kerajaan yang semakin bertambah-tambah beberapa tahun ke belakangan ini, jabatan ini telah mempertingkatkan kapasitinya kedua-duanya dari segi peralatan dan keluasan-keluasan lantai tidak ketinggalan tenaga manusia. Jabatan pada masa ini mempunyai 6 buah blok bangunan dengan keluasan lantai menghampiri 10,000 meter persegi mengisikan kawasan tanah seluas 6.5 ekar. Tenaga kerja telah dengan hebatnya meningkat sehingga kepada 280 orang pekerja di samping mempunyai peralatan percetakan dari berbagai jenis yang lengkap bagi membekalkan kehendak dan keperluan cetak jabatan.

|| Sejarah Latarbelakang | Visi, Misi, Matlamat-Matlamat | Struktur Organisasi | Tujuan, Strategi, Program-Program||
|| Peranan-Peranan & Tanggungjawab-Tanggungjawab | Tekad Pemedulian Pelanggan | Maklum Balas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||