Sejarah Jabatan Percetakan Kerajaan
Jabatan Percetakan
Kerajaan telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan perlantikan
Pegawai Percetakan Kerajaan sebagai Pencetak Kerajaan (kemudiannya
dikenali sebagai Pengarah Percetakan dalam tahun 1983) dan
diletakkan di bawah Setiausaha Kerajaan.
Dalam
tahun 1976 seorang anak tempatan
(Awg Ali bin Haji Hassan -
sekarang dikenali sebagai Dato Paduka Awang Haji Ali bin
Haji Hassan) yang berkelulusan dalam bidang
Pengurusan Percetakan dari London College of Printing.
United Kingdom dilantik dari mereka yang bergengalaman dalam
pengendalian mesin cetak, penghasilan grafik dan penjilidan
yang terdiri dari kakitangan syarikat-syarikat percetakan
swasta.
Jumlah
sumber tenaga manusia meningkat dari tahun kesetahun selaras
dengan perkembangan dan keperluan jabatan. Sekarang
berjumlah seramai 150 orang lelaki dan 125 orang perempuan
yang terdiri dari anak-anak tempatan.
Pada 1
Januari 1984, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Beginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
semasa Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam
telah mengisytiharkan Jabatan Percetakan Kerajaan diletakkan
di bawah Kementerian Undang-Undang bersama-sama dengan
Pejabat Penguam Negara dan Jabatan Kehakiaman.
Berikutan
pemansuhan Kementerian Undang-Undang pada 24 Jun 1988,
Jabtan Percetakan Kerajaan telah diletakkan buat sementara
di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini diketuai oleh
Pengarah Percetakan yang juga selaku Pencetak Kerajaan
sebagaimana menurut para 3(1), para 45 dan para 46(1)(2)
dalam Akta Tafsiran dan Perkara-Perkara Am (Penggal 4).
Beliau di bantu oleh Timbalan Pengarah Percetakan dan dua
orang Penolong Pengarah Percetakan.
Kembali