Tekad Pemedulian Orang Ramai
1.
Bagaimana cara memohon pesanan cetak?
Pelanggan
yang terdiri daripada semua Kementerian dan Jabatan-jabatan
di bawahnya hendaklah menghadapkan Memorandum/Surat
Permohonan Mencetak kepada Pengarah Percetakan dan
menyatakan keterangan dan spesifikasi pesanan dengan
menyertakan contoh-contoh yang di kehendaki.
SetiapKementerian/Jabatan juga adalah dikehendaki untuk
memberikan keterangan perhubungan atau wakil yang mereka
lantik serta memberikan nombor telefon yang mudah dihubungi.
Wakil/Pegawai
dari Kementerian/Jabatan dikehendaki untuk membawa
salinan-salinan Memorandum/Surat Permohonan Mencetak.
Perjumpaan boleh dibuat pada masa waktu pejabat dengan
menghubungi:
Unit Konsultasi Pelanggan
Bahagian Pelanggan
Perkhidmatan Pengeluaran
Jabatan Percetakan Kerajaan