Jabatan Percetakan Kerajaan telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan perlantikan seorang Pegawai Percetakan Kerajaan sebagai Pencetak Kerajaan (Kemudiannya dikenali sebagai Pengarah Percetakan dalam tahun 1983) dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan.

 

Sebuah bangunan bekas Terminal Lapangan Terbang di Berakas telah diperuntukan dan siap diubahsuai untuk kegunaan pejabat dan tempat operasi percetakan pada tahun 1975. Operasi pengeluargan bermula pada awal tahun 1976 apabila dilengkapkan dan peralatan asas yang memenuhi kehendak kerja-kerja percetakan siap dibekalkan.

 

 

 

 

Dalam tahun 1976 seorang anak tempatan (Awg Ali bin Haji Hassan - sekarang dikenali sebagai Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Hassan) yang berkelulusan dalam bidang Pengurusan Percetakan dari London College of Printing. United Kingdom dilantik dari mereka yang bergengalaman dalam pengendalian mesin cetak, penghasilan grafik dan penjilidan yang terdiri dari kakitangan syarikat-syarikat percetakan swasta.

 

Jumlah sumber tenaga manusia meningkat dari tahun kesetahun selaras dengan perkembangan dan keperluan jabatan. Sekarang berjumlah seramai 150 orang lelaki dan 125 orang perempuan yang terdiri dari anak-anak tempatan.

 

Pada 1 Januari 1984, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam telah mengisytiharkan Jabatan Percetakan Kerajaan diletakkan di bawah Kementerian Undang-Undang bersama-sama dengan Pejabat Penguam Negara dan Jabatan Kehakiaman.

 

Berikutan pemansuhan Kementerian Undang-Undang pada 24 Jun 1988, Jabtan Percetakan Kerajaan telah diletakkan buat sementara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini diketuai oleh Pengarah Percetakan yang juga selaku Pencetak Kerajaan sebagaimana menurut para 3(1), para 45 dan para 46(1)(2) dalam Akta Tafsiran dan Perkara-Perkara Am (Penggal 4). Beliau di bantu oleh Timbalan Pengarah Percetakan dan dua orang Penolong Pengarah Percetakan.

 

 

 

PENGARAH PERCETAKAN

Jabatan Percetakan Kerajaan

sejak tahun 1974 hingga sekarang

1.
Mr Samuel Marinus Buse

April 1974

hingga

Oktober 1982

2.

Awang Haji Mohd Yunos bon Haji Mohd Hussien

(Sekarang dikenali sebagai Dato Paduka Awang Haji Mohd Yunos bin Haji Md Hussein)

November 1981

sehingga

Ogos 1998

3.

Awang Ali bin Haji Hassan

(Sekarang dikenali sebagai Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Hassan)

Januari 1989

sehingga

Ogos 2003

4.

Awang Haji Wahid bin Haji Salleh

(Sekarang dikenali sebagai Dato Paduka Awang Haji Wahid bin Haji Salleh)

September 1998

sehingga

Februari 2003

5.
Awang Mohidin bin Haji Daud

Mac 2003

sehingga

Jun 2009

 

 

 

 

 

Home | Government | Ministries & Departments| About Brunei | Online News | Important Contact

 

 

© Copyright 2009, Government Printing Department , Brunei Darussalam. All Right Reserved.
Powered by Info-Communication Technology, Government Printing Department, Brunei Darussalam.