
|
Versi
Bahasa Inggeris
Peranan-Peranan & Tanggungjawab-Tanggungjawab
Peranan-peranan (Roles)
Membekalkan perkhidmatan yang lebih baik bagi memenuhi kehendak/permintaan bahan-bahan
cetak kerajaan semasa dan akan datang.
Tanggungjawab-Tanggungjawab (Responsibilities)
-
Bagi mencetak bahan-bahan undang-undang misalnya Warta Kerajaan, Semakan Undang-Undang
Negara Brunei Darussalam, Surat-surat Perjanjian, Surat-surat Lantikan dll.
-
Untuk mencetak terbitan mingguan akhbar rasmi kerajaan 'Pelita Brunei'.
-
Untuk mencetak Mushaf Al-Quran.
-
Untuk mencetak beberapa jenis majalah seperti Berita Perajurit (ABDB), Majalah
Polis, Jurnal Muzium, Cuaca dll.
-
Untuk mencetak leaflets, phamplets, jurnal-jurnal, kalender, peta-peta, posters,
buku harian dan majalah-majalah yang berhubung dengan keugamaan, pelajar dan hal
ehwal semasa.
-
Untuk mencetak keperluan semasa seperti buku-buku rancangan, jemputan-jemputan
dan lain-lain majlis kenegaraan seperti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia,
Hari Kebangsaan, majlis-majlis keugamaan dll.
-
Mengendalikan beberapa jenis kerja yang sulit dan rahsia.
-
Bagi membekalkan kertas-kertas duplicate, kertas-kertas taip dan sampul-sampul
surat bagi kegunaan Kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.
|